Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara (IPU); bahasa Inggeris: Air Pollution Index (API) merupakan suatu kaedah umum dan termudah untuk menghuraikan status kualiti udara khususnya di China, Hong Kong dan Malaysia. Ia juga dikira dari beberapa set data pencemaran udara. Di Tanah Besar China indeks IPU ditukar dengan Indeks Kualiti Udara yang dikemas kini sejak awal tahun 2012.[1]Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus berbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut: